كومين اندا

Sunday 27 May 2012

Santai Minda~

سورات اءونتوق بيل ݢيت س


From : Mr. Suresh Singh of Tamil Nadu, India
To: Mr. Bill Gates of Microsoft
Subject: Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found some
Problems, which I want to bring to your notice.

1. There is a button ’start’ but there is no ’stop’ button. We request you to check this.

2. We find there is ‘Run’ in the menu. One of my friends clicked ‘run’ he ran up to Amritsar ! So, we request you to change that to ’sit’, so that we can click that by sitting.

3. One doubt is whether any ‘re-scooter’ is available in system? I find only ‘re-cycle’, but I own a scooter at my home.

4. There is ‘Find’ button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ‘ find’ button, but was unable to trace. Please rectify this problem.

5. My child learnt ‘Microsoft word’ now he wants to learn ‘Microsoft sentence’, so when you will provide that?

6. I brought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows ‘MY Computer’: when you will provide the remaining items?

7. It is surprising that windows says ‘MY Pictures’ but there is noteven a single photo of mine. So when will you keep my photo in that.

8. There is ‘MICROSOFT OFFICE’ what about ‘MICROSOFT HOME’ since I use the PC at home only..

9. You provided ‘My Recent Documents’. When you will provide ‘My Past Documents’?

10. You provide ‘My Network Places’. For God shake please do not provide ‘My Secret Places’. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.

11. Why is it that your name is Gates but u are selling WINDOWS

Regards, Suresh

Martabatkan Kembali Tulisan Jawi: Sinar Harian


Martabatkan kembali tulisan Jawi

مرتباتکن کمبالي توليسن جاوي
“HIDUP segan mati tak mahu” itulah pepatah Melayu yang sesuai untuk menggambarkan nasib tulisan Jawi ketika ini.

Seperti kita maklum tulisan Jawi telah bertapak di alam Melayu lebih kurang sekitar 700 tahun dahulu berdasarkan kepada penemuan batu bersurat tahun 1303 di Terengganu. Malah, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa tulisan Jawi telah digunakan seawal kedatangan Islam di alam Melayu lagi.

Tidak dinafikan tulisan Jawi telah mencapai zaman kegemilangan pada abad ke 18, hinggakan penjajah Inggeris yang menjajah di Tanah Melayu ketika itu perlu belajar menulis dan membaca di dalam tulisan jawi. Hal ini dapat dibuktikan melalui koleksi warkah Francis Light yang tersimpan di Muzium Perpustakaan British yang bertarikh antara 1786 hingga 1794, perjanjian Sir Stamford Raffles dengan pihak Sultan Johor, Perjanjian Pangkor 1874, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957.

Ditambah lagi, melalui tulisan Jawi, hasil kesusasteraan  Melayu turut berkembang dengan pesatnya, apabila banyak hikayat lama dikarang dan disebar luaskan melalui tulisan Jawi seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Banjar, Hikayat Raja - Raja Pasai, Hikayat Iskandar Zulkarnia. Biar pun hikayat - hikayat ini tidak diketahui siapa pengarangnya. Namun, hasil sastera ini terus berkembang melalui tulisan Jawi. Tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi telah menjadi wadah kepada masyarakat Melayu dalam mengembangkan ilmu pengetahuan mencakupi bidang kesenian, kesusasteraan mahu pun aspek kebahasaan. Hal ini terbukti apabila akhbar - akhbar Melayu seperti Utusan Melayu dan Utusan Zaman menggunakan tulisan Jawi ketika awal penerbitannya. Malah tidak ketinggalan juga majalah Mastika yang turut menggunakan tulisan Jawi dalam penerbitannya dan mendapat tempat istimewa dalam kalangan masyarakat Melayu ketika itu.

Malah, tulisan Jawi tidak dapat dinafikan merupakan aspek penting dalam mengekalkan identiti budaya Melayu. Hal ini,  dikuatkan lagi apabila tulisan Jawi dikaitkan dengan  kedatangan  Islam dan budaya al-Quran ke Tanah Melayu. Ditambah lagi, menurut catatan pengembara Eropah seperti Magellan, Tom Pires dan Van Ronkel, menggambarkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf sebagai bahasa penghubung utama pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara.

Tetapi pada hari ini kegemilangan tulisan Jawi umpama melalui zon gerhana yang cukup menyedihkan. Adakah masyarakat kita tidak cukup berbangga dengan zaman kegemilangan tulisan Jawi ketika dahulu yang sentiasa digunakan sebagai jabatan keilmuan. Kemerosotan peranan tulisan jawi di dalam dunia keilmuan dapat dikesan semenjak ketibaan kuasa - kuasa Barat yang mula menjajah Tanah Melayu pada abad ke-18 dan 19. Pada ketika ini tulisan Rumi telah diperkenalkan oleh penjajah barat terutama dalam sistem pendidikan yang berorientasikan pendidikan dunia barat. Pada ketika itu jugalah peranan tulisan Jawi sedikit demi sedikit mula terhakis dari perhatian masyarakat Melayu sendiri. Menurut Samat Buang dalam artikelnya Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi menyatakan “bahawa kita tidak harus mengekalkan mentaliti penjajah seperti R.J. Wilkinson yang dengan sengaja membunuh tulisan jawi dengan memperkenalkan tulisan Rumi. Dengan adanya tulisan Rumi sedikit - demi sedikit, British menarik masyarakat Melayu daripada akar umbinya”. Dari pada pandangan Samat Buang tersebut, dapat kita tafsirkan bahawa tahap kebimbangan para ahli akademik berkenaan survival tulisan jawi telah berada di tahap yang membimbangkan.

Hal ini ditambah lagi, pelbagai peristiwa yang sangat mengguris hati - hati pencinta tulisan Jawi yang mana 29 Januari 2006  akhbar Utusan Melayu yang merupakan satu-satunya akhbar yang menggunakan tulisan Jawi dihentikan penerbitannya kerana kurangnya sambutan daripada masyarakat terutama daripada masyarakat Melayu sendiri. Malah, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan nada kehairanan menyatakan bahawa tiada seorang pun yang mendengus, apatah lagi mempolemikkan penutupan akhbar itu baik di media elektronik mahu pun media cetak. Malah, Datuk Johan Jaaffar dengan nada sinis di dalam Persidangan dan Pameran Tulisan Jawi di Muzium Negara menganggap orang Melayu renyah dengan identiti warisan bangsanya sendiri. Pandangan beliau ini berpaksikan kepada populasi etnik Melayu yang merangkumi 13 juta orang Melayu, dan akhbar tulisan Jawi tidak boleh hidup dan dipedulikan sedangkan akhbar berbangsa lain dapat hidup subur walaupun komunitinya lebih kecil berbanding masyarakat Melayu. Satu persoalan yang perlu ditudingkan pada diri sendiri, di manakah silapnya?

Justeru, langkah memartabatkan semula tulisan Jawi wajar dilaksanakan supaya seni warisan ini tidak hanyut ditelan zaman. Banyak pendapat mahu pun cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para sarjan mahu pun orang perseorangan berkenaan langkah perlindungan tulisan Jawi. Antaranya ialah melalui sistem pendidikan negara. Melalui sistem pendidikan ini kemahiran menulis dan membaca tulisan Jawi mesti dijadikan teras dalam mata pelajaran pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah seluruh negara. Ditambah lagi, pengenalan tulisan Jawi perlu juga dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Hal ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menangkis dan memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap tulisan Jawi yang dianggap sebagai sinonim dengan agama Islam. Malah, di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam mahu pun Swasta (IPTA/IPTS), langkah memasukkan kemahiran dan sejarah perkembangan tulisan Jawi dalam subjek Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia adalah wajar sebagai mekanisme untuk memartabatkan tulisan Jawi di peringkat Institusi Pengajian Tinggi di negara ini. Selain itu, kesedaran penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda dan petunjuk jalan masih kecil bilangannya dan tidak keterlaluan jika dikatakan boleh dibilang dengan jari.

Oleh yang demikian, penggunaan tulisan Jawi ini perlu dipergiatkan usahanya terutama peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan tempatan dalam merealisasikan impian negara bagi menghidupkan semula kegemilangan tulisan jawi yang pernah mencapai puncak kemasyhurannya satu ketika dahulu. Impian ini tidak terlaksana jika hanya dilakukan hanya sebelah pihak sahaja, malah semua pihak perlu berganding bahu tidak apa jua lapisan masyarakat agar tulisan Jawi ini bak kata pepatah Melayu “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong, Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Malaya

ايوهله! سياڤ لاݢي ماهو ممرتبتکن توليسن جاوي سلاءين کيت

Saturday 26 May 2012

Terhakis kembali?

Ketika saya sedang mengulang kaji Bab 2,Malayan Union,salah satu bab Sejarah Tingkatan Tiga buku teks hari ini,saya telah membaca satu petikan.
"Tamadun Orang Melayu Terhakis: Tamadun Melayu yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti sistem beraja,bahasa Melayu dan tulisan Jawi akan terhakis.Ketuanan Melayu akan tercabar dan orang Melayu akan kehilangan tanah air."-Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 muka surat 52.
Petikan ini saya kutip pada bahagian faktor penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.Termenung jauh saya membaca petikan di atas.Adakah perkara merah yang di-highlight-kan sedang terhakis?Adakah perkara merah yang sepatutnya terhakis sekiranya Malayan Union berjaya dijalankan British dahulu sedang berlaku sekarang? Mari kita sama-sama fikirkan.


TULISAN JAWI


Tulisan Jawi,tulisan warisan bangsa Melayu yang kini amat malang nasibnya.Tulisan ini hanya didapati di buku-buku agama,surat khabar Utusan Melayu dan buku teks Pendidikan Islam.Banyak umat Melayu hari ini tidak reti dan merangkak-rangkak membaca tulisan jawi.Cuba kita lihat keratan akhbar di bawah.



Lihat,sedangkan orang Korea pun turut risau akan nasib tulisan Jawi,apatah lagi saya,pewaris tulisan Jawi.Sebagai usaha untuk menyelamatkan tulisan Jawi,saya yang kerdil ini telah sedaya upaya mencipta papan kekunci Jawi untuk semua versi Windows yang tiada bahasa Arab.Sistem papan kekunci tersebut bersandarkan pada Bahasa Inggeris memandangkan semua komputer menggunakan Bahasa Inggeris (untuk membolehkan software itu berfungsi di semua komputer).Tujuan saya mencipta papan kekunci tersebut adalah untuk menggunakan tulisan Jawi di laman-laman sosial dan blog.Malangnya,amat sedikit yang menggunakannya.Dahulunya blog ini dalam tulisan Jawi,tetapi memandangkan Blogspot tidak ada penyesuai font yang sesuai untuk Jawi,maka ia sukar dibaca.

ساي براس سديه مليهات ناسيب توليسن جاوي ڤد هاري اين.ساءوله-اءوله دڤڠݢيرکن 
درڤد ڤميليکڽ سنديري.

Hendak saya sambung penulisan saya dalam tulisan Jawi,tapi saya tahu,ramai yang akan malas membacanya.Sedangkan tulisan Rumi pun malas dibaca,apatah lagi tulisan Jawi.Sedih saya melihat masyarakat saya sekarang.

Bersambung kembali pada topik asal.Ini yang saya dapat daripada laman web Wikipedia

"Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca paga nga va dan nya

Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Qur'an. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam. Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan MelakaJohorBruneiSuluPataniAche dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa."

Kalau anda mahu membaca lebih lagi,ini linknya: .http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi

Pendeta Za'ba pernah berkata,
 "Kita tidak perlu membuang atau meninggalkan tulisan Jawi walaupun Melayu amnya menggunakan tulisan Rumi. Ini adalah kerana tulisan Jawi adalah kepunyaan kita dan merupakan sebahagian daripada warisan kita."
Oleh itu,janganlah kita pinggirkan tulisan warisan kita.Marilah kita menggunakan tulisan Jawi walaupun kadangkala di laman-laman sosial,laman-laman blog dan apa jua sekalipun agar tulisan ini tidak lenyap ditelan zaman.


BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu,bahasa kebangsaan negara kita,turut menerima nasib yang sama seperti tulisan Jawi,tetapi nasibnya tidaklah seteruk tulisan Jawi. Bahasa ini semakin dipinggirkan oleh penutur-penuturnya. Mereka lebih suka menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu.


Cuba kita lihat iklan di jalan-jalan raya,bahasa manakah yang lebih dominan menguasai iklan-iklan tersebut,bahasa Melayu atau bahasa Inggeris? Ya,sudah tentu bahasa Inggeris. Saya berasa sedih melihat bahasa kebangsaan merempat di negeri sendiri. Alhamdulillah,dewasa ini telah wujud beberapa kempen untuk menyelamatkan bahasa kebangsaan ini, walaupun ia tidak sehebat mana. Insya-Allah,sekiranya hal ini dipandang serius, bahasa Melayu akan selamat pada masa hadapan.


SISTEM BERAJA


Sistem beraja di Malaysia masih dalam keadaan yang selamat, tetapi saya pernah terbaca, ada pihak-pihak yang tertentu mahu merobohkan sistem yang telah bertapak di negara kita sejak turun temurun. Saya harap itu tidak benar. Marilah kita berdoa agar sistem ini akan terus berdaulat di Malaysia dan akan terus melindungi rakyatnya. Marilah juga kita berdoa agar para pemimpin kita diberikan hidayah untuk memimpin negara kita yang tercinta ini.


PENUTUP


Adakah perkara-perkara ini yang sepatutnya terhakis sekiranya Malayan Union berjaya ditubuhkan British dahulu (Alhamdulillah,Malayan Union berjaya digagalkan) sedang terhakis kembali dalam negara ini?(penghakisan Tulisan Jawi,Bahasa Melayu dan Sistem Beraja).


Saya amat berharap agar tulisan Jawi dan bahasa Melayu dimartabatkan semula secara serius oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. 


Saya juga amat berharap agar Sistem Beraja akan terus berdaulat di negara kita yang tercinta,Malaysia.


Saya juga berharap agar kita semua mengambil iktibar daripada sejarah.Jangan biarkan sejarah berulang kembali


George Santayana,seorang ahli falsafah telah berkata:
"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it"
Itu sahaja yang terlintas di fikriku untuk hari ini,saya memohon maaf sekiranya ada pihak tersinggung.Saya hanyalah seorang insan kerdil biasa,yang tidak terlalu dewasa lagi.Hanya meluahkan pendapat.


Semoga kita semua di bawah lindungan Allah.


Assalamualaikum warahmatullah.


!!!بوداياکن توليسن جاوي




Friday 25 May 2012

Guru Oh Guru

Sajak ini pernah saya deklamasikan di SK Batu Lanchang semasa sambutan Hari Guru pada tahun 2008/2007/2006 (Lebih kurang begitulah).Alangkah rindunya saya pada waktu itu.

6 Bestari 2009
Dialah pemberi paling setia,
Setiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa,
Dialah ibu dialah bapa,juga sahabat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Katanya seribu tahun menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG


1979



TERIMA KASIH CIKGU!



Guru...

Assalamualaikum wbt


Pertama sekali,ayuhlah kita berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw.


Baiklah.


Sudah lama saya tidak mengemas kini blog ini.


Namun,hari ini,saya begitu terpanggil untuk menulis mengenai guru.


Gurulah punca segala ilmu saya.


Punca kejayaan saya.


16 Mei telah pun berlalu pergi.Namun saya kira, tiada halangan untuk saya menulis berkenaan menghormati guru.Entah kenapa, hari ini saya terkenang akan guru-guru saya yang telah banyak mendidik saya.





Kamu tahu, kalaulah tiada guru yang mengajar saya 123, ABC, Alif Ba Ta, saya tidak akan berdiri di atas tempat saya berpijak hari ini.Begitu jugalah seorang Perdana Menteri, seorang pendakwah, seorang imam, seorang saintis, tidak akan mampu menjadi seperti apa yang mereka jadi, tanpa guru.


Hari ini, manusia memandang guru bagaimana?


Hari ini,kita sebagai remaja/pelajar memandang guru bagaimana?


Apakah masih ada rasa hormat kita pada mereka? 


Kita hendakkan kejayaan,


kita hendakkan 9A,


tetapi kita masih lagi berlagak sombong dengan guru.


Memanggil guru dengan namanya.


Mengutuk guru di laman-laman sosial.


Tetapi,tidak sedarkah kita,segala ilmu diajarkan daripada seorang guru?


Saya membawa kepada anda dua peribadi sebagai contoh, menunjukkan betapa pentingnya kita menghormati guru.


Peribadi 1: Dia adalah Imam As-Syafi’e Rahimahullah. Seorang manusia yang agung di dalam sejarah manusia, seorang genius di zamannya. Tetapi lihatlah kerendahan hatinya bila bersama gurunya.


Imam Asy-Syafi’e pula ada berkata: “Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik dengan perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak mendengar(bunyi selakan itu, lantas menganggu pengajaran)” 


Dia, Imam Asy-Syafi’e yang mengasaskan mazhabnya sendiri, juga menghormati guru.Malah, sehingga menjaga selakan kertasnya dari berbunyi


Bagaimanakah kita? 


Peribadi 2: Sultan Muhammad Al-Fateh. Seorang manusia yang hebat dalam sejarah insan, seorang genius perang yang berjiwa gigih. Pada umur 23 tahun, dia telah berjaya menawan Konstantinopel yang kukuh.


Pada peperangan yang sengit itu, dia telah membawa gurunya bersama-sama untuk membimbingnya


Malah pada saat peperangan sedang getir dan kemuncak, dia merayu supaya gurunya mendoakannya. Sedangkan dia mempunyai ilmu perang yang hebat, ketenangan yang tinggi, peralatan yang cukup untuk merobohkan Konstantinopel


Namun dia masih merendah diri. 


Seakan dia tidak tahu apa-apa.


Itu ketundukan seorang raja.


Kita?


Arahan daripada Allah dan Rasul untuk mencari ilmu


Allah SWT berfirman:


“Bertanyalah kamu kepada ahlu Dzikr, sekiranya kamu tidak mengetahui” Ayat ini terdapat dalam surah An-Nahl ayat 43 dan Al-Anbiya’ ayat 7. 


Allah SWT tidak menyuruh kita duduk diam jika tidak mengetahui. Allah SWT mengarahkan kita pergi mencari.


Di sini letaknya ketinggian guru. Betapa guru itu merupakan pintu kepada ilmu. 


Diriwayatkan dari Imam At-Tabrani dalam kitabnya Al-Kabir, Muawiyah RA telah berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:


“Wahai manusia, sesungguhnya ilmu itu hanya mampu diperolehi dengan belajar. Dan kefahaman itu akan didapati dengan memperdalaminya. Dan barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT, maka akan diberikannya kefahaman pada agama. Sesungguhnya yang takut kepada Allah adalah mereka yang berilmu” Riwayat Tabrani.


Maka adalah perlulah kita menundukkan diri kita menghormati guru yang telah berjaya mendidik kita. Sesungguhnya, tanpa jasa mereka berpenat lelah melayan kerenah kita, mendidik mengasuh ilmu di dalam pemikiran kita, maka sesungguhnya kita tidak punya apa-apa. 


Saidina Umar Radhiallahu’anh pula ada berkata: 


“Kematian seribu ahli ibadat yang beribadah sepanjang malam itu, adalah lebih ringan dari kematian seorang alim yang mahir akan ilmu halal haram dalam syariat Allah SWT” 


Justeru, adalah perlu kita mengambil peluang, selagi mana wujud untuk meneguk ilmu daripada mereka yang mengetahui. Sesungguhnya, pada ilmu itu terdapat cahaya untuk membuka jiwa kita.


Ini adalah adab


Menghormati guru, orang yang berilmu adalah satu adab yang cantik dan perlu kita perhalusi. Adab inilah yang semakin lama sudah semakin luntur dalam masyarakat kita. 


Tidak salah jika kita kamcing dengan guru sehingga tahap seperti kawan. Tetapi, adalah salah jika kita tidak beradab dan kurang ajar kepadanya. 


Sesungguhnya, penyampaian ilmu itu ada hubung kaitnya dengan hati.


Guru yang mempunyai rasa tidak enak pada pelajarnya, akan menyebabkan pelajaran ilmu itu akan terganggu. Mungkin sahaja si pelajar berjaya meraih 9A dalam PMR, tetapi dia ada kemungkinan membawa ilmu yang tidak barakah. Pelabagai perkara boleh terjadi. Paling kurang, di akhirat nanti dia akan dipersoalkan oleh Allah SWT akan adabnya terhadap guru.


Guru juga adalah manusia. Mereka juga punya silap. Tetapi kita sebagai anak muridnya perlu berlapang dada. Menerimanya seadanya. Hal ini kerana, dia memberikan manfaat kepada kita dengan sabar memberikan ilmu.


Sejahat-jahat guru, selagi mana dia menumpahkan ilmu, maka adalah perlu untuk kita menghormatinya. Jika hendak menegur bukan tidak boleh, tetapi tetap perlu ada adabnya. 


Setinggi mana pun kita capai pada usia dewasa kita, ingatlah betapa ada guru yang selama ini mendidik kita. Betapa genius pun akal kita, ingatlah ada guru yang membimbingnya. 


Saya tidak nampak ruang dan sebab, untuk seorang murid mendabik dada kepada gurunya.Malah saya kira, kalau hubungan antara murid dan guru ini baik, maka akan terhasil satu sinergi yang cantik. Perkongsian ilmu yang lebih luas, dan kedahagaan kepada ilmu yang lebih tinggi. 


Tiada ruginya menghormati guru. Yang merugi hanya yang tidak mengambil peluang bersama guru mereka. 


Ilmu penting, maka guru pun penting 


Kita sudah tahu betapa pentingnya ilmu. Malah, bagi sesiapa yang mencari ilmu, akan dipermudahkan jalannya ke syurga. 


Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang merintis jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga” Riwayat Bukhari dan Muslim.


Tetapi di mana hendak mencari ilmu?


Pada guru 


Kita boleh studi sendiri, tetapi dengan mempunyai guru, ilmu kita akan menjadi lebih cantik dan besih. Tambah cantik jika kita memperbanyakkan guru kita, agar pandangan kita menjadi luas dan mampu bersikap adil. 


Oh diri saya dan pembaca, siapakah yang mendidik kalian untuk menulis dan membaca artikel ini?Sendirikah?


“Saya belajar membaca dengan ibu ayah saya, saya belajar menulis dengan ibu ayah saya”


Maka ibu ayah kamu itu juga adalah guru.


Hormatilah guru,


Mereka punca kejayaan kita.


Punca keberkatan ilmu kita.


Terima kasih Cikgu!,


Terima kasih Ustaz!,


Terima kasih Ustazah!,


Moga-moga Allah merahmati kalian!.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...